Mengatasi masalah isu pertanian di Malaysia
1. Produktiviti
Mengabungkan ladang kecil menjadi ladang kelompok / mini estet.
Penggunaan teknologi /mekanisasi/ komputer terkini.
Mengiatkan program latihan dan bimbingan kepada petani supaya lebih mahir.
Menguruskan sumber pengeluaran dengan lebih cekap/efisien.
Menyesuaikan aktiviti perladangan dengan keadaan cuaca dan iklim.
2. Ketidakstabilan harga
Merancang aktiviti perladangan supaya daya pengeluaran hasil optimum.
Memproses hasil tanaman dengan lebih cekap/efisien.
Mempelbagaikan produk tanaman.
Agensi kerajaan membeli lebihan hasil perladangan.
Menghapuskan penggunaan orang tengah.
Memperkenalkan harga siling (harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan)
Mencari alternatif tempatan (contoh:makanan ternakan diproses daripada bahan buangan perladangan)
3. Pencemaran alam sekitar
Membina rumah kalis serangga
Mengamalkan kawalan serangga secara bersepadu
Meluaskan teknik kawalan biologi
Mengamalkan tanaman secara organik (menggunakan baja organik)
Pendidikan mengenai alam sekitar di sekolah / orang ramai.
Kempen pemeliharaan alam sekitar : media massa
Penguatkuasaan undang-undang
4. Kekurangan buruh
Penggunaan mekanisasi ladang
Penggunaan / Aplikasi bioteknologi
Pertanian persis (tepat) .Contoh : menggunakan teknologi moden
Penggunaan buruh asing.
Menyediakan persekitaran kerja/kemudahan/gaji/bonus/insentif yang lebih menarik
Menerangkan cara-cara pencegahan dan pengawalan penyakit
a) Amalan sanitasi
• menjaga kebersihan reban dan kawasan persekitaran
menghapuskan tempat pembiakan pathogen dan vektor penyakit
membersihkan tinja dan sampah sarap
memastikan punca air dan makanan bersih
memastikan pengudaraan reban ternakan adalah baik
b) Pemvaksinan
dilakukan keatas ternakan
melakukan pelalian dan imunisasi keatas ternakan
mematuhi jadual pemvaksinan yang telah disyorkan oleh jabatan haiwan
mencampurkan antibiotik ke dalam makanan ternakan mengikut kadar yang betul untuk membina antibody dan system pertahanan badan.
c) Kuarantin
Menahan sementara / mengasingkan ternakan/tumbuhan yang baru di bawa masuk daripada negara asing dalam satu tempat khas untuk cegah penyakit
memastikan ternakan yang sihat di bawa masuk ke Malaysia
untuk mengelakkan penyakit berjangkit dibawa masuk dari luar Negara
d) Pemberian makanan seimbang
campuran makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperluakan oleh ternakan
mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul
dapat menghasilkan antibody untuk melawan penyakit
Terdapat Beberapa Cara untuk Mengurangkan Kesan Himpitan Iklim:
a) Perumah
menyediakan bangunan
perumahan ternakan boleh mengawal kelembapan
elakan suhu persekitaran tinggi, kurangkan pancaran cahaya matahari terik
elakan dari hujan dan angin kencang
b) Naungan
tujuannya untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari terik
menyediakan pokok lindungan
menyediakan bangsal
o ketinggian yang sesuai
o jenis bahan bumbung yang sesuai
c) Ragutan waktu malam
- diamalkan untuk mengelakkan ternakan daripada mengalami himpitan suhu tinggi diwaktu siang.
- untuk mengatasi kekurangan ragutan pada waktu siang
- mengelakkan ternakan mengalami kekurangan nutrien yang boleh menganggu tumbesaran ternakan
d) Memilih baka yang toleran(tahan) terhadap haba
- kacukan baka tempatan dengan temperat
- menghasilkan baka kacukan yang toleran kepada haba tempatan
e) Memberi makanan yang bernutrien tinggi
- pemberian makanan bernutrien tinggi akan meningkatkan lagi tumbesaran
ternakan
- pemberian bahan pembuka selera dapat membantu meningkatkan ragutan
- pemberian air sejuk dapat menambahkan pengambilan kuantiti makanan
Pengunaan mekanisasi ladang dapat dibuat dalam kerja-kerja diladang seperti berikut
(a) Penyediaan Tanah
Penyediaan Tanah keras dimulakan oleh alat bajak primer
Bagi Penyediaan tanah gembur cukup menggunakan alat sekunder
Alat bajak primer – bajak piring, bajak sepak, bajak sub tanah dan bajak pahat
Alat bajak sekunder – bajak putar, bajak sikat
Bajak piring untuk memotong,mengangkut,memecah dan membalikan tanah
Bajak sepak juga untuk memotong,mengangkut,memecah dan membalikan tanah
Bajak putar ia untuk memotong dan menghancurkan tanah.
(b) Penanaman
Alat penabur biji benih sesuai untuk tanaman yang mempunyai biji benih besar
Contoh kacang tanah, jagung,
Penyembur kabus mudah digunakan dalam aktiviti penanaman kerana kadar taburannya seragam
Contohnyanya penanaman padi
( c ) Pembajaan
Jentera Penabur baja sesuai untuk menabur baja jenis butiran dan berdebu.
Penghembus berjentera sesuai untuk menabur baja jenis butiran.
Penyembur boom untuk menabur baja jenis cecair
Baja daunan juga boleh dilakukan menggunakan pengairan percikan atau titisan.
(d) Pengawalan Rumpai dan Perosak
Alat mekanisasi untuk pengawalan Penebas putar, penyembur sandang berjentera, mesin rumput tolak, penebas sandang, pam berkuasa, penyembur galas.
Operasi pengawalan lebih berkesana, mudah dan cepat pada masa yang yang betul sebelum kerosakan menjadi serius.
Penggunaan Mekanisasi dalam ladang penternakan boleh dilakukan dalam Ternakan
(a) Pemberian makanan
Tiub berauger atau pengankut berantai
Makanan dibekalkan dengan menyeluruh dan kadarnya boleh dikawal
(b) Pemberian minuman
Sistem puting logam
Kadar boleh di kawal
Boleh disepadukan dengan pemberian ubat, vaksin dan lain-lain
(c ) Pengutipan hasil
Mesin pemerusuan
Lebih mudah, cepat dan tahap kebersihan tinggi
(d) Pengredan telur
Penggredan telur automatik
Disepadukan dengan operasi membungkus
No comments:
Post a Comment