Cahaya untuk fotosintesis (2004)
Tekstur tanah secara kaedah mendapan (2010)
pH tanah menggunakan kaedah meter pH
pH tanah menggunakan kaedah penunjuk universal/kuhn
Pengawalan organisma menggunakan kaedah kimia
Melakukan pembiakkan tut
Pembiakan Cantuman tunas
Kesan kalsium karbida ke atas kemasakan buah
Bedah siasat ayam / puyuh (sistem pencernaan)
Sistem pengairan titisan dan percikan / hidroponik (2010)
Kompos
Menghasilkan makanan secara penapaian
Melayari/ mengakses internet
Nota kecil
Langkah-langkah : Fotosintesis
1. Lindungkan pokok daripada cahaya matahari selama 48 jam.
2. Pilih sehelai daun hijau yang segar daripada pokok tersebut .
3. Tutup sebahagian permukaan daun dengan kad menggunakan klip kertas.
4. Dedahkan kepada cahaya matahari selama 2 – 3 jam.
5. Petik daun dan Masukkan daun itu ke dalam air yang sedang mendidih selama 5- 10 minit untuk memecahkan dinding sel.
6. Rendamkan daun selama 5 minit ke dalam etil atau metil alkohol) yang dipanaskan dalam sebuah kukus air. Ulang proses untuk daun yang tebal.
7. Keluarkan daun dan basuh dengan air.
8. Letakkan daun dalam piring petri dan Titiskan larutan iodin ke atas daun sehingga menutupi daun.
9. Selepas 2 – 5 minit Keluarkan daun dan basuh dengan air.
10. Perhatikan warna yang dihasilkan.
Langkah-langkah: Kaedah Kuhn/ penunjuk universal
1. Isikan tabung uji dengan 2-5 cm barium sulfat
2. Isikan 2-5 cm sampel tanah
3. Tambahkan air suling hingga ¾ penuh tabung uji.
4. Tambahkan 2-3 titis larutan penunjuk universal.
5. Tutup tabung uji itu dengan penyumbat getah
6. Goncang tabung uji tersebut.
7. Letak tabung uji tersebut dalam rak tabung uji
8. Biarkan beberapa minit supaya mendak.
9. Perhatikan warna larutan dalam campuran itu.
10. Padankan warna itu dengan carta warna pH.
11. Tentukan nilai pH.
12. Ulang eksperimen dengan menggunakan 2 sampel tanah yang lain.
Langkah : Markot /Tut
1. Pilih ranting berdiameter 1-2 cm
2. Buat dua kelaran keliling ranting berjarak 3-4 cm.
3. Buat satu potongan memanjang antara dua kelaran di atas.
4. Kopek kulit kayu
5. Kikis lapisan kambium.
6. Sapu hormon pengakaran di atas kelaran.
7. Lekapkan medium disekeliling kelaran
8. Padatkan medium
9. Balut medium dengan plastik lut sinar.
10. Ikat politena
.
Langkah-langkah ; Cantuman mata tunas
1. Pilih pokok penanti yang sihat (umur 6 – 12 bulan )
2. Tentukan tapak cantuman (8 – 10 cm dari pangkal pokok) .
3. Buat dua turisan lurus ke bahagian bawah (memanjang 2 – 3 cm dan lebar 1/3 dari lilitan pokok) .
4. Potong kulit di bahagian bawah yang telah dibuat.
5. Siat kulit ke atas (menggunakan hujung pisau cantuman ).
6. Potong 2/3 kulit dan tinggalkan sedikit seperti lidah.
7. Pilih mata tunas (sion)
8. Potong bersama bahagian kayu (Potongan kepingan mata tunas bersaiz sama pada tapak cantuman)
9. Tanggalkan kulit mata tunas daripada kayu.
10. Tampalkan kulit mata tunas pada tapak cantuman ( kedudukan mata tunas menghala ke atas ).
11. Balut kulit mata tunas dengan kemas ( menggunakan pita parafilm / pita politena ).
12. Perhatikan cantuman selepas 3 minggu.
13. Kelar sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman untuk memastikan kejayaan
cantuman.
Langkah-langkah : Penapaian Ubi
1. Kupas ubi kayu.
2. Kikis bahagian yang berlendir dengan menggunakan belakang pisau.
3. Potong mengikut saiz yang sesuai
4. Basuh hingga bersih.
5. Rebus ubi kayu hingga empuk.
6. Buang air rebusan
7. Letakkan ubi kayu dalam talam.
8. Biarkan sejuk
9. Hancurkan ragi.
10. Tabur di atas ubi kayu
11. Gaul hingga rata.
12. Bungkus dengan daun pisang.
13. Sediakan satu besen yang dilapik dengan kain dan daun pisang (untuk pemeram)
14. Susun bungkusan tapai dalam besen tadi. Tutup lapisan atas dengan kain dan besen ditutup rapat
15. Selepas hari ke 2 atau ke 3, tapai sedia untuk dimakan.
Langkah-langkah Bedah siasat ayam
1. Dengan menggunakan pisau belah melintang di bahagian atas tembolok
2. Masukkan dua jari untuk melonggarkan tembolok dan esofagos
3. belah daripada bahagian kloka sehingga ke abdomen
4. Masukkan tiga jari untuk mengeluarkan semua organ
5. Basuh hingga bersih dan letakkan dalam dulang pembedahan
6. Berdasarkan rajah organ pencernaan bukan ruminant, Kenal pasti organ pencernaan
7. Lakarkan dan labelkan sistem pencernaan
8. Belah tembolok, proventrikulus dan hempedal
9. Kenal pasti bahan yang terkandung di dalamya.
No comments:
Post a Comment